Tuesday, February 10, 2015

Putsch On Najib?: New York Times Dalam Bahasa Melayu


Hantu Laut

This could be the first for the New York Times, an article in Bahasa Melayu.

The question is why did NYT go to such extent with its story on Malaysia's current PM and his family involvement in some very questionable deals.

Are there invisible hands behind this putsch on Najib? 

Was it mere incident that the article was published a day before the judgement day of Anwar's sodomy case? The Federal Court decision is expected out today.

Below is a an abridged version in Bahasa Melayu.

You can read the unabridged English version here.

You can also read the full length article  "Towers Of Secrecy" here. 


Urusan pelaburan di AS oleh seorang rakyat Malaysia yang rapat dengan ramai orang ternama menimbulkan tanda tanya


Taek Jho Low mulai mendapat perhatian umum semasa beliau masih lagi dalam usia 20-an, apabila beliau mulai menghabiskan ribuan dollar bersama rakan-rakannya di kelab-kelab malam sekitar Manhattan. “Spekulasi mulai timbul tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang,” lapor The New York Post.
Namun, sejak itu, persoalan yang berlegar-legar tidak lagi hanya tertumpu kepada kehidupan malam beliau. Low memperlihatkan dirinya kepada umum sebagai seorang pelabur yang besar dalam bidang perniagaan dan hartanah di Amerika Syarikat. (Read in English.)
Walaupun Low mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang kenamaan, namun begitu, terdapat sebuah keluarga yang terus-terusan dikaitkan dengan Low, iaitu keluarga perdana menteri Malaysia sendiri, Dato’ Seri Najib Razak. Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London. Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM 117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem “The Wolf of Wall Street” dan “Dumb and Dumber To.” (Teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)



Photo

Jho Low CreditIllustration by Michael Hoeweler 

Unit kondo mewah dan syarikat perfileman tersebut kini dipaparkan di dalam sebuah siri projek siasatan global oleh New York Times yang meneliti aliran wang asing yang masuk ke Amerika Syarikat, dengan menjadikan unit-unit kondominium di dalam bangunan “Time Warner Center” sebagai titik fokus.
New York Times mendapati bahawa walaupun sebahagian besar wang asing ini datangnya daripada sumber kekayaan yang sah, namun beberapa rakyat asing yang memiliki unit kondo di Time Warner Center telah menjadi subjek dalam beberapa penyiasatan kerajaan. (Teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)

Projek ini turut memaparkan artikel-artikel tentang ahli-ahli politik dari Mexico (akan datang minggu ini) dan Rusia (akan datang minggu ini), dan juga tentang seorang ahli perniagaan kontroversi dari India (akan datang minggu ini). New York Times juga mendapati bahawa kini, lebih setengah daripada pembeli-pembeli unit kediaman mewah di bandar New York memilih untuk melakukan pembelian secara rahsia dengan menggunakan tabung amanah atau jenis syarikat yang lain, daripada memilih untuk menggunakan nama mereka sendiri.
Pada tahun 2011, Low telah membeli sebuah penthouse di Time Warner Center bernilai RM 109 juta dengan menggunakan sebuah syarikat yang rahsia. Pada masa yang sama juga, Low mulai dikritik oleh umum di Malaysia. Kritikan tersebut mempersoalkan peranan Low dalam pembentukan 1MDB, yang merupakan syarikat pembangunan strategik milik kerajaan. Sejak itu, parti pembangkang dan juga beberapa ahli UMNO terus mempersoalkan 1MDB, di mana lembaga penasihatnya juga dipengerusikan oleh Najib sendiri. 
Baca seterusnya.



No comments: